All of me >

Monday, December 25, 2017

Nasi Goreng Lamb Chop


Gaisss, today I buat nasi goreng very simple. I panggil Nasi Goreng telur. If takde ayam/daging kat rumah pon boleh buat. Just perlu ada telur dan lada. Cukup rasa nanti.
Untuk nasi goreng perlu ada
-telur dua biji
-cili padi (potong)
-Sausage (potong halus)
-bwg putih seulas (tumbuk)
-bwg merah hanya separuh biji (potong halus)
-kicap sotong (gambar I sertakan kt bawah)


Mula-mula masak nasi mcm biasa. Lepastu biarkan ia sejuk.
Panaskan minyak, tumis bwg putih, bwg merah, cili padi.
Tumis sehingga naik bau. Masukkan telur. Perlahankan api. Kacau hingga telur menjadi hancur-hancur. Masukkan sausage gaul sehingga sebati. Masukkan kicap sotong satu sudu besar. Masukkan nasi dan gaul sebati skali lagi.
Ingat! Guna api kecik je tau. Nanti tak sedap. Lepastu masukkan garam secukup rasa.
Tadaaa nasi goreng dah siap.

  

Giliran lamb chop pula. Lagi senang. 
Beli lamb keping keping kt supermarket tu. I biasa beli kat Giant.
Potong kecil je sbb banyak2 boleh muak.
Basuh daging tu, kemudian lumurkan LP SAUCE. boleh google untuk gmbr.
Kemudian lumurkan bersama blackpaper powder brand AJI-SHIO.
Biar sama rata. 
Buka api sederhana, masukkan planta dlm fry pan.
masukkan daging. Balik terbalikkan daging biar masak.
Kemudian taraaaa. Siap.
Nak sedap lagi letak blackpaper sauce atas daging tu sbb I malas buat sos tu so i pakai sos blackpaper brand LIFE je 😂





Tuesday, October 24, 2017

AYAM PANGGANG PERAP SPICY

Haa apa yang diperlukan untuk buat ayam panggang perap spicy ni?
Ini resepi saya tau! Share2 sikit ;)

Of course untuk perap ni kita perlukan

-Bawang putih (Tumbuk)
-Lada (Tumbuk)
-Black pepper powder
-Daun ketumbar (Tumbuk)
-Halia (Tumbuk)

Tumbuk dan gaulkan semua bahan kat atas.

Kemudian lumurkan ayam yang telah dibasuh dgn

-Dua sudu besar kicap (masin/manis)
-Satu sudu besar LP SAUSE

Kemudian baru lumurkan bahan yang ditumbuk tadi dan perap sekurangnya 10 minit.



Kemudian panggang. 


Tadaaaaa dah siap. Simple tapi sedap. Sesuai dimakan bersama nasi panas 😍

Saturday, October 24, 2015

Doa.


Doa itu menandakan kita mengakui bahawa kita tidak mampu
berbuat apa-apa tanpa bantuan Allah SWT.
Malah kita juga mengakui bahawa Allah itu
bukan sahaja wujud dan berkuasa ,
malah Dia mampu mengubah
apa yang manusia kata
'Mustahil'

 Tak semua orang mampu berdoa ketika senang. 
Oleh itu , ketika berasa lemah
Berdoalah
Jika merasa rapuh
Mengadulah
Teguhlah
Kuatlah
Taatlah

Saturday, August 24, 2013

Istikharah.


Wahai hati yang resah , fikiran yang bercelaru dalam membuat pilihan , tenanglah , tenanglah . Buatlah solat istikharah jika kita ragu-ragu dalam membuat sesuatu pilihan . Lakukanlah samaada sebelum kita tidur atau bangun sebelum subuh . Mintalah petunjuk dari Allah swt dalam membuat keputusan . InsyaAllah akan diberi petunjuk dan apabila kita telah diberikan petunjuk , ikutlah petunjuk tersebut dengan redha . Buruk baik pilihan yang dibuat pasti semuanya ada hikmah sebaliknya . Sesungguhnya Allah Maha Arif apa yang terbaik untuk hambaNya :')

Monday, May 20, 2013

Fakta tentang wanita



✿ Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih , tetapi dia tidak menitiskan airmata , itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya .
✿ Wanita selalu cakap 'Saya Okay' biarpun hatinya 'KO' .
✿ Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya , lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf .
✿ Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi .
✿ Dia akan cari orang terdekat untuk meluahkan tentang rasa hatinya sewaktu si dia yg dicintai tiada disisi .
✿ Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya , dia akan cair seperti coklat .
✿ Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian .
✿ Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan , dia akan melakukan apa saja yang kita tk duga .
✿ Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa . Mungkin melalui muzik , lirik lagu , puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka .
✿ Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna .
✿ Jangan memaksa mereka untuk bercerita mengenai topik yang tidak disukainya .
✿ Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita . Ingat tu !
✿ Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif , misalnya menghubunginya , si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat , tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut .
✿ Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.
✿ Jangan terlalu ego dan bersifat menengking kerana hati wanita sungguh lembut berbanding lelaki .
✿ Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal .
✿ Si Gadis akan menyimpan beberapa keping gambar orang yang dicintainya dan ditatap selalu.
✿ Satu ucapan ‘Hai syg’ saja sudah cukup menceriakan harinya.
✿ Dan ingatlah senjata wanita adalah airmata !!
✿ Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya ( hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik ). Mereka akan terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati .
✿ Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yg memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, berhati hatilah , jaga dia bebaek sebelom orang len lebih caring daripada anda !
✿ Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang mereka inginkan hanyalah ingin selalu diambil berat , ingin dicintai dan disayangi sepenuh jiwa :)

Tuesday, May 7, 2013



Semoga Allah SWT merahmati Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat didunia dan akhirat :')

23 tahun ialah tempoh Rasulullah SAW berdakwah .10 tahun di Mekah, 13 tahun di Madinah . Akhirnya Baginda diwafatkan oleh Allah SWT meninggalkan asas yang cuku teguh utk diwarisi oleh generasi sahabat .

23 tahun bukan satu tempoh yang sekejap, tetapi tidaklah terlalu lama, cukup untuk membina asas, maka tugas pelapis berikutnya untuk meneruskan perjuangan. Semoga Allah merahmati setiap pejuang-pejuang yang telah mengerah keringat dan tenaga ke arah memastikan Islam syumul di bumi Malaysia :'D